TANAH JAMBU, 18 December 2025 - The Officer Cadets (OCdts) of Intake 24 had the privilege of attending a leadership talk delivered by Yang Mulia Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Haji Ali, Acting Commandant of Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF). He addressed the OCdts of Intake 24 in his leadership talk session, centered on the values, skills, and mindset required for leadership in the modern era. In his talk, he highlighted to take pride in every role and align oneself with the organisation’s core values to build discipline, motivation, and character. By embracing change and learning from experience, OCdts can develop the ability to adapt in a dynamic environment. This alignment and adaptability enable you to sustain long-term commitment and effectiveness.
The session concluded with a question and answer session, where the Acting Commandant answered questions by the OCdts with his extensive experience and knowledge. This insightful session reinforced the core values OCdts have to keep to heart in their final lap towards commissioning, also leaving the OCdts better equipped to undertake the demanding responsibilities as future young officers.
SETIA, TAKWA, BERANI



SEKOLAH PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-24 MENGADAKAN SESI PERKONGSIAN KEPIMPINAN BERSAMA PEMANGKU KOMANDAN AKADEMI PERTAHANAN ABDB
TANAH JAMBU, 18 Disember 2025 - Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan Ke-24 telah berpeluang menghadiri sesi Leadership Talk yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Pemangku Komandan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB). Dalam sesi tersebut, Yang Mulia Pemangku Komandan menyampaikan pengajaran kepimpinan yang memfokuskan kepada nilai, kemahiran serta minda yang diperlukan bagi menghadapi cabaran kepimpinan dalam era moden. Dalam ucapannya, Yang Mulia Pemangku Komandan turut mengetengahkan kepentingan harga diri dalam setiap peranan serta menyelaraskan diri dengan nilai teras organisasi bagi membentuk disiplin dan jati diri. Sikap terbuka terhadap perubahan dan pembelajaran daripada pengalaman turut ditekankan bagi membolehkan PKdt menyesuaikan diri serta mengekalkan komitmen dan keberkesanan dalam masa jangka panjang.
Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab, di mana beliau menjawab persoalan yang dikemukakan oleh PKdt berlandaskan pengalaman dan pengetahuan luas beliau. Sesi yang berinformasi ini telah mengukuhkan nilai-nilai teras yang perlu dihayati oleh PKdt dalam fasa akhir menuju pentauliahan, di samping mempersiapkan mereka untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai.
SETIA, TAKWA, BERANI