LAND FORCE OFFICER CADETS OF INTAKE 24 VISITS CHEMICAL, BIOLOGICAL, RADIOLOGICAL AND EXPLOSIVE (CBRE) | ![]()
/1.jpg)
PENANJONG, Monday, 8 September 2025 – The Land Force Officer Cadets (OCdts) recently completed a two-day training programme conducted by the Second Squadron, Chemical, Biological, Radiological, and Explosives Defence, Engineer Regiment, Royal Brunei Land Force (2 Sqn (CBRE De) ER RBLF). The training was aimed at equipping the OCdts with essential knowledge and practical skills in managing hazardous substances and warfare agents, an important preparation for their future roles as leaders in the military.
The two-day programme introduced OCdts to Mission Oriented Protective Posture (MOPP) gear, safety precautions, and the characteristics of Chemical, Biological, and Radiological (CBR) threats. It concluded with a practical tear gas chamber exercise that tested their resilience and discipline while reinforcing the importance of applying protective measures in hazardous environments.
The conclusion of the two-day CBRE training marked an important milestone for the Land Force OCdts, strengthening their theoretical knowledge while giving them practical exposure to real-life operational scenarios. The tear gas chamber exercise provided firsthand experience in managing chemical threats, reinforcing the importance of equipment, discipline, and safety measures. Overall, the training enhanced their preparedness, resilience, and confidence to safeguard themselves and lead effectively in future CBRE operations.
“SETIA, TAKWA, BERANI”
/2.jpg) /3.jpg) /4.jpg) /5.jpg) /6.jpg) /7.jpg) /8.jpg) /9.jpg) PEGAWAI KADET TENTERA DARAT PENGAMBILAN KE-24 MELAKSANAKAN LAWATAN KE UNIT PERTAHANAN KIMIA BIOLOGI RADIOLOGI DAN LETUPAN (KBRL) PENANJONG, Isnin, 8 September 2024 – Pegawai Kadet Tentera Darat Diraja Brunei (PKdt) baru-baru ini telah melaksanakan latihan selama dua hari yang dikendalikan oleh Skuadron Kedua, Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan, Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei (2 Skn (KBRL) RJ TDDB). Latihan ini bertujuan untuk membekalkan PKdt dengan pengetahuan asas dan kemahiran praktikal dalam mengurus bahan kimia yang berbahaya serta agen peperangan, sebagai persiapan penting bagi peranan mereka sebagai pemimpin pada masa hadapan.
Sepanjang program dua hari tersebut, PKdt telah diperkenalkan dengan peralatan Mission Oriented Protective Posture (MOPP), langkah keselamatan, serta ciri-ciri ancaman Kimia, Biologi dan Radiologi. Latihan ini diakhiri dengan sesi praktikal di dalam bilik gas yang dipenuhi dengan gas pemedih mata, yang menguji ketahanan dan disiplin mereka di samping menekankan kepentingan penggunaan langkah perlindungan dalam persekitaran berbahaya.
Kesimpulannya, latihan KBRL selama dua hari ini menandakan pencapaian penting bagi PKdt Tentera Darat, kerana ia bukan sahaja mengukuhkan pengetahuan teori mereka tetapi juga memberi pendedahan praktikal kepada senario operasi sebenar. Latihan bilik gas tersebut memberikan pengalaman langsung dalam menghadapi ancaman kimia, sekaligus menekankan peranan penting peralatan, disiplin dan langkah keselamatan. Secara keseluruhan, latihan ini telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan, ketahanan dan keyakinan mereka untuk melindungi diri serta memimpin dengan berkesan dalam operasi masa hadapan yang melibatkan ancaman KBRL.
“SETIA, TAKWA, BERANI”
|
|