TANAH JAMBU, Tuesday, 30 June 2026 – Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School (OCS), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), recently participated in a comprehensive Fiqh and Ibadah Programme held at Surau Asy-Syuhada as part of their religious and character development curriculum.
The programme was designed to strengthen the spiritual foundation of the Officer Cadets by nurturing the core military value of Takwa (piety) and reinforcing the importance of integrity, sincerity, humility and moral responsibility. Through a series of religious lessons and interactive discussions, the programme aimed to develop future RBAF officers who are guided by strong Islamic values in both their personal conduct and professional responsibilities.
Throughout the programme, the Officer Cadets studied essential topics in Islamic jurisprudence, with particular emphasis on Fiqh Ibadah and the practical management and performance of Solat Jenazah. The lessons encouraged the Officer Cadets to appreciate the relevance of Islamic teachings in military service while strengthening their sense of accountability, compassion, and responsibility as future leaders.
The Fiqh and Ibadah Programme forms an integral part of the Officer Cadet training curriculum, supporting the holistic development of future officers through the integration of spiritual, moral and leadership values. By cultivating strong Islamicl principles alongside military competencies, OCS DA RBAF remains committed to producing professional, disciplined and principled officers for the Royal Brunei Armed Forces.
SETIA, TAKWA, BERANI



PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-25 MENGIKUTI PROGRAM FIQH DAN IBADAH
TANAH JAMBU, Selasa, 30 Jun 2026 – Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), baru-baru ini telah mengikuti Program Fiqh dan Ibadah yang diadakan di Surau Asy-Syuhada sebagai sebahagian daripada kurikulum pembangunan sahsiah dan kerohanian Pegawai Kadet.
Program tersebut dirangka bagi memperkukuh asas kerohanian Pegawai Kadet melalui penerapan nilai teras ketenteraan Takwa, di samping memupuk nilai integriti, keikhlasan, sifat rendah hati serta tanggungjawab moral. Menerusi siri pengajian agama dan sesi perbincangan interaktif, program ini bertujuan melahirkan bakal pegawai ABDB yang sentiasa berpandukan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tanggungjawab serta mengamalkan akhlak yang terpuji.
Sepanjang program tersebut, Pegawai Kadet telah mengikuti pengajian dalam bidang Fiqh Islam dengan penekanan khusus kepada Fiqh Ibadah serta tatacara pengurusan dan pelaksanaan Solat Jenazah. Pembelajaran ini memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan perkhidmatan ketenteraan, sekali gus memperkukuh sifat amanah, kebertanggungjawaban dan kepimpinan berteraskan nilai-nilai murni.
Program Fiqh dan Ibadah merupakan salah satu komponen penting dalam kurikulum latihan Pegawai Kadet yang menyokong pembangunan sahsiah, kerohanian dan kepimpinan secara menyeluruh. Melalui penerapan nilai-nilai agama seiring dengan latihan ketenteraan, SPK AP ABDB terus komited melahirkan bakal pegawai ABDB yang profesional, berdisiplin, berintegriti dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.
SETIA, TAKWA, BERANI