TANAH JAMBU, Saturday, 19 September 2026 – The Officer Cadets (OCdt) of Intake 25 from Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF) conducted an OCS Sports Day Volleyball Tournament, bringing together OCdts from sections of each platoon in a competitive sporting event aimed at strengthening physical fitness, teamwork and esprit de corps.
The OCS Sports Day Volleyball Tournament saw sections from each platoon compete in a series of spirited and disciplined matches, demonstrating teamwork, communication, determination and sportsmanship. The tournament provided an opportunity for OCdts to strengthen camaraderie, trust and cooperation across their sections and platoons while maintaining mutual respect throughout the competition.
Beyond physical fitness, the tournament reinforced essential leadership qualities including communication, decision-making, resilience and teamwork. It also allowed OCdts to take a brief break from their demanding training routine while continuing to develop physical readiness, team spirit and mental resilience.
The tournament concluded successfully, reflecting the unity, determination and fighting spirit fostered within OCS. The activity supports OCS’s continued commitment to developing physically fit, mentally resilient and well-rounded future officers capable of working effectively as a team in fulfilling their responsibilities within the Royal Brunei Armed Forces.
SETIA, TAKWA, BERANI




KEJOHANAN BOLA TAMPAR HARI SUKAN SEKOLAH PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-25
TANAH JAMBU, Sabtu, 19 September 2026 – Pegawai-Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB) telah mengadakan Kejohanan Bola Tampar sempena Hari Sukan SPK, yang menghimpunkan Pegawai-Pegawai Kadet daripada seksyen setiap platun dalam satu acara sukan kompetitif yang bertujuan untuk memperkukuhkan kecergasan fizikal, kerja berpasukan dan semangat setiakawan.
Kejohanan Bola Tampar ini menyaksikan penyertaan seksyen daripada setiap platun dalam siri perlawanan yang penuh semangat dan berdisiplin, sekaligus mempamerkan semangat berpasukan, komunikasi, kecekalan dan semangat kesukanan. Kejohanan ini memberi peluang kepada PKdt untuk memperkukuh semangat setiakawan, kepercayaan dan kerjasama antara seksyen serta platun masing-masing, di samping mengekalkan sikap saling menghormati sepanjang pertandingan berlangsung.
Selain aspek kecergasan fizikal, kejohanan ini turut memperkukuh ciri-ciri kepimpinan penting seperti komunikasi, pembuatan keputusan, daya tahan dan semangat berpasukan. Ia juga membolehkan PKdt berehat seketika daripada rutin latihan yang mencabar, namun pada masa yang sama terus membina kesiapsiagaan fizikal, semangat berpasukan dan ketahanan mental.
Kejohanan ini melabuhkan tirainya dengan jayanya, mencerminkan perpaduan, kecekalan dan semangat juang yang dipupuk di SPK. Aktiviti ini menyokong komitmen berterusan SPK untuk melahirkan pegawai masa hadapan yang cergas dari segi fizikal, berdaya tahan dari segi mental dan serba boleh, serta mampu bekerja secara berkesan sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
SETIA, TAKWA, BERANI