BUKIT AGOK, SUNDAY, 20 SEPTEMBER 2026 – Air Force Officer Cadets (OCdts) from Intake 25 of the Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF) completed the Air Force Base Defence Field Training Exercise (FTX) at Bukit Agok and FIBUA Complex  as part of their Special-To-Service (STS) term training.

Throughout the exercise, the OCdts were involved in operational planning through the Individual Military Appreciation Process (IMAP), establishing security cordons for aircraft protection and conducting rotational patrolling duties comprising active Quick Reaction Force (QRF) and Reserve roles. Selected OCdts were also appointed as Troop Commander, Troop Sergeant, Sub-Commander and Sub-Commander 2IC, providing opportunities to practise command, leadership and decision-making in a field environment.

The training also exposed the OCdts to tactical drone capabilities and operations, riot-control equipment and practical Section Battle Drills (SBD) across different building layouts during the urban phase. The training strengthened their tactical awareness, adaptability, teamwork and understanding of Air Force base defence operations.

The exercise concluded with an After Action Review (AAR), allowing the OCdts to reflect on their performances and identify areas for improvement. Overall, the FTX provided a valuable platform for the OCdts to enhance their operational readiness while developing the leadership, teamwork and tactical skills required of future Royal Brunei Air Force officers.

SETIA, TAKWA, BERANI

PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-25  – LATIHAN MEDAN PERTAHANAN PANGKALAN TENTERA UDARA

BUKIT AGOK, AHAD, 20 SEPTEMBER 2026 – Pegawai-Pegawai Kadet Tentera Udara daripada Pengambilan ke-25 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB) telah selesai melaksanakan Latihan Medan Pertahanan Pangkalan Tentera Udara di Bukit Agok dan Fighting in Built-Up Areas (FIBUA) sebagai sebahagian daripada latihan Special-To-Service term.

Sepanjang latihan tersebut, PKdt telah terlibat dalam perancangan operasi melalui Individual Military Appreciation Process (IMAP), mendirikan kawalan keselamatan bagi perlindungan pesawat serta melaksanakan tugas rondaan yang merangkumi peranan aktif Pasukan Tindak Cepat (Quick Reaction Force) dan pasukan simpanan. PKdt yang terpilih juga telah dilantik sebagai Ketua Terup, Terup Sarjan, Sub-Komander dan 2IC Sub-Komander, seterusnya memberikan peluang kepada mereka untuk mempraktikkan aspek pemerintahan, kepimpinan dan membuat keputusan dalam persekitaran medan.

Latihan tersebut turut memberikan pengetahuan kepada PKdt mengenai keupayaan dan pengoperasian dron secara taktikal, peralatan kawalan rusuhan serta pelaksanaan praktikal serangan pertempuran seksyen dalam pelbagai struktur bangunan semasa fasa FIBUA. Aktiviti-aktiviti tersebut telah meningkatkan pengetahuan taktikal, keupayaan menyesuaikan diri, kerja berpasukan serta pemahaman mereka terhadap operasi pertahanan pangkalan Tentera Udara.

Latihan berkenaan diakhiri dengan After Action Review (AAR), yang memberikan peluang kepada PKdt untuk menilai prestasi mereka serta mengenalpasti aspek-aspek yang boleh dipertingkatkan. Secara keseluruhannya, latihan medan tersebut telah menyediakan platform yang bermanfaat kepada PKdt untuk meningkatkan keupayaan operasi serta memperkukuh kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan taktikal yang diperlukan sebagai bakal Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei.

SETIA, TAKWA, BERANI