SINGAPORE, Thursday, 20 August 2026 – Urban Operation Training Package (UOTP), brought together Officer Cadets (OCdts) from the Officer Cadet School, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF) and the Singapore Armed Forces Training Institute Military Institute (SAFTI MI) for a 2-days combined Urban Operation Exercise conducted at the SAFTI City.
The exercise served as a key platform for the OCS to fulfil its mission of developing future military leaders who embody tactical excellence, adaptability, and regional awareness. Designed to enhance combat leadership and decision-making in complex urban environments, the training challenged OCdts to execute building clearance drills, tactical manoeuvres, and coordinated operations under realistic operational conditions.
Under the guidance of instructors from Charlie Wing, OCS SAFTI MI, OCdts from OCS DA RBAF trained alongside OCdts from Charlie Wing, OCS SAFTI MI in integrated mixed sections. This collaborative approach strengthened interoperability, communication, mutual understanding, and teamwork while fostering confidence in operating effectively within different environments.
Beyond its tactical objectives, UOTP reaffirmed the longstanding defence relationship between Brunei Darussalam and Singapore. Through shared training experiences and operational challenges, the exercise strengthened camaraderie, enhanced interoperability, and further deepened the partnership between the two armed forces. It also reflected the OCS’s continued commitment to developing competent, resilient, and principled leaders who are prepared to safeguard the nation and contribute meaningfully to regional peace and security.
SETIA, TAKWA, BERANI



PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-25 TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN EKSESAIS URBAN OPERATION BERSAMA OCS SAFTI MI
SINGAPORE, Khamis, 20 Ogos 2026 — Urban Operation Training Package (UOTP) telah menghimpunkan Pegawai Kadet (PKdt) daripada Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB) bersama PKdt daripada Sekolah Pegawai Kadet, Singapore Armed Forces Training Institute Military Institute (SAFTI MI) bagi menyempurnakan eksesais peperangan bandar yang berlangsung selama dua hari di SAFTI City.
Latihan ini menjadi platform penting bagi SPK dalam merealisasikan misinya untuk melahirkan pemimpin tentera masa hadapan yang berwibawa, berdaya saing dan memiliki kecekapan taktikal serta kesedaran serantau. Direka untuk memperkukuh kepimpinan tempur dan keupayaan membuat keputusan dalam persekitaran operasi bandar yang kompleks, latihan ini menguji keupayaan PKdt melaksanakan kawad-kawad pengosongan bangunan, pergerakan taktikal serta operasi bersepadu dalam situasi yang realistik.
Di bawah bimbingan jurulatih daripada Charlie Wing, OCS SAFTI MI, pegawai kadet SPK AP ABDB menjalani latihan secara bersepadu bersama pegawai kadet daripada Charlie Wing, OCS SAFTI MI dalam seksyen campuran. Pendekatan ini telah memperkukuh kerjasama operasi, komunikasi, persefahaman serta semangat kerjasama, di samping meningkatkan keyakinan dalam melaksanakan operasi dalam persekitaran yang berlainan.
Selain meningkatkan kecekapan taktikal, UOTP turut memperkukuh hubungan pertahanan yang sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Melalui latihan bersama dan perkongsian pengalaman operasi, program ini berjaya mempererat hubungan profesional, meningkatkan kerjasama dua hala serta mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua angkatan bersenjata. Pada masa yang sama, latihan ini mencerminkan komitmen berterusan SPK dalam melahirkan pemimpin tentera yang kompeten, berdaya tahan dan berintegriti, serta bersedia mempertahankan kedaulatan negara dan menyumbang kepada keamanan serta kestabilan serantau.
SETIA, TAKWA, BERANI