PENANJONG GARRISON, Friday, 24 July 2026 – Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School (OCS), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), completed Exercise Ground Control at the Fighting in Built-Up Areas (FIBUA) Village, Penanjong Garrison.
The exercise was designed to develop the OCdts’ proficiency in conducting Ground Control and Stability Operations within an urban environment through realistic operational scenarios involving simulated civilian interaction and emerging security threats. Throughout the exercise, the OCdts’ leadership, command and control, and tactical decision-making were continuously assessed in a dynamic and challenging operational environment.
Before the exercise, the OCdts underwent both theoretical and practical training delivered by the Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces (RBLF), covering urban operations and the Law of Armed Conflict (LOAC). OCS instructors also conducted mission rehearsals to ensure the OCdts were proficient in the required drills, tactics, techniques and procedures (TTPs).
During the exercise, the OCdts conducted a range of Stability Operations, including Key Point Guard (KPG), Vehicle Check Points (VCP), patrols, Quick Reaction Force (QRF) operations, crowd control, anti-riot operations, cordon and search, Key Leader Engagements (KLE), and building clearance drills. The exercise also enhanced their ability to engage professionally with members of the public and the media while operating in complex urban environments.
In addition, the OCdts were introduced to the capabilities and operational role of the Armoured Personnel Carrier (APC). They gained an understanding of its purpose, embarkation and disembarkation procedures, and safety considerations. The OCdts also experienced travelling in the APC during a road movement, providing valuable exposure to mechanised operations.
The successful completion of Exercise Ground Control marks another significant milestone in the professional development of Intake 25 Officer Cadets. The exercise further enhanced their operational readiness, leadership competencies, and ability to operate effectively in complex environments, reflecting the OCS commitment to producing capable, disciplined, and mission-ready officers for commissioning into the RBAF.
SETIA, TAKWA, BERANI





SEKOLAH PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE 25 MENGHARUNGI EX GROUND CONTROL
PENANJONG GARISON, Jumaat, 24 Julai 2026 – Pegawai Kadet Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), telah berjaya menamatkan Eksesais Ground Control yang diadakan di Kawasan Fighting in Built-Up Areas (FIBUA), Penanjong Garison.
Eksesais ini bertujuan untuk membangunkan serta menilai kecekapan Pegawai Kadet dalam melaksanakan Operasi Kawalan Darat dan Operasi Kestabilan di persekitaran bandar melalui senario operasi yang realistik, melibatkan interaksi dengan orang awam serta ancaman keselamatan yang disimulasikan. Sepanjang eksesais, aspek kepimpinan, pemerintahan dan kawalan, serta keupayaan membuat keputusan taktikal Pegawai-Pegawai Kadet telah dinilai secara berterusan dalam persekitaran operasi yang dinamik dan mencabar.
Sebelum eksesais dilaksanakan, Pegawai-Pegawai Kadet telah mengikuti latihan teori dan praktikal yang dikendalikan oleh Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), meliputi operasi bandar serta syarahan mengenai Law of Armed Conflict (LOAC) bagi memperkukuhkan pemahaman mereka terhadap undang-undang yang mengawal selia pelaksanaan operasi ketenteraan. Jurulatih SPK turut mengendalikan latihan praktikal dan latihan raptai misi bagi memastikan Pegawai-Pegawai Kadet menguasai taktik, teknik dan prosedur (Tactics, Techniques and Procedures – TTP) yang diperlukan.
Sepanjang eksesais, Pegawai-Pegawai Kadet melaksanakan pelbagai Operasi Kestabilan, termasuk Key Point Guard (KPG), Vehicle Check Point (VCP), rondaan, Quick Reaction Force (QRF), operasi serangan, operasi anti-rusuhan, Cordon and Search, serta Key Leader Engagement (KLE). Di samping itu, Pegawai-Pegawai Kadet turut didedahkan kepada kaedah berinteraksi secara profesional dengan orang awam dan pihak media ketika melaksanakan operasi di kawasan bandar yang kompleks.
Pegawai-Pegawai Kadet juga telah diperkenalkan kepada keupayaan serta peranan Armoured Personnel Carrier (APC) dalam menyokong operasi ketenteraan. Latihan ini merangkumi pengenalan kepada fungsi APC, prosedur menaiki dan turun dari kenderaan, serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. Sebagai sebahagian daripada eksesais, Pegawai-Pegawai Kadet turut berpeluang menaiki APC dan merasai sendiri pergerakan kenderaan tersebut semasa pergerakan di jalan raya, sekali gus memberikan pendedahan secara langsung kepada operasi berperisai.
Kejayaan menamatkan Eksesais Ground Control merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan profesional Pegawai Kadet Pengambilan Ke-25. Eksesais ini telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi, kompetensi kepimpinan serta keupayaan mereka untuk beroperasi secara berkesan dalam persekitaran yang kompleks, selaras dengan komitmen SPK untuk melahirkan pegawai yang berkeupayaan, berdisiplin dan bersedia untuk ditauliahkan ke dalam ABDB.
SETIA, TAKWA, BERANI