
TANAH JAMBU, Friday, 14 April 2023 – In keeping with the spirit of the holy month of Ramadan, the Officer Cadet School Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF) organised the annual Ramadan cemetery visit and cleaning campaign.
Lieutenant Colonel Pengiran Siti Khatamalzariah binti Pengiran Haji Kamaludin, the Commanding Officer of OCS, was in attendance. Also present were the Second in Command of OCS, the School Sergeant Major, Officers and Instructors of OCS in addition to the 59 Officer Cadets of intake 22.
The visit commenced with the recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah followed by the cleaning campaign. It is performed yearly to commemorate our departed heroes of intake 08, in addition to strengthening communal ties amongst the OCS personnels.
The activities were conducted concurrently in several cemeteries based in Kampung Pulaie, Kampung Mentiri, Kampung Tanjong Nangka, Kampung Damuan, Kampong Jerudong, the An-Naem Cemetery in Seria, and the Jame Asr Hassanil Bolkiah Cemetery.






SPK PENGAMBILAN 22 MENGENDALIKAN LAWATAN PERKUBURAN DAN KEMPEN PEMBERSIHAN SEMPENA RAMADHAN 1444H
TANAH JAMBU, Jumaat, 14 April 2023 - Bagi menyambut bulan suci Ramadan, Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB) telah menganjurkan ziarah tahunan ke kubur dan kempen kebersihan.
Turut hadir adalah Leftenan Kolonel Pengiran Siti Khatamalzariah binti Pengiran Haji Kamaludin, Pegawai Pemerintah SPK bersamaan dengan Timbalan Pegawai Pemerintah SPK, Sarjan Major Sekolah, Pegawai dan Jurulatih SPK , serta 59 Kadet Pegawai pengambilan ke 22.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah, diiringi dengan kempen kebersihan. Menziarahi kubur diadakan setiap tahun untuk memperingati pahlawan kita yang telah meninggal dunia yang telah terlibat didalam kemalangan helikopter Pengambilan 08 pada tahun 2012 lalu, dan selain itu juga ianya turut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan kakitangan SPK.
Aktiviti ini dijalankan serentak diadakan di beberapa kubur yang terletak di Kampung Pulaie, Kampung Mentiri, Kampung Tanjong Nangka, Kampung Damuan, Kampong Jerudong, Tanah Perkuburan An-Naem di Seria, dan Tanah Perkuburan Jame Asr Hassanil Bolkiah.