PENANJONG, Thursday, 01 October 2026 – Land Force Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF) completed Exercise Eviction at the Fighting in Built-Up Areas (FIBUA) Complex in Penanjong Camp. The exercise was designed to develop the OCdts’ knowledge, confidence and tactical proficiency in conducting operations within complex urban environments.
Throughout the exercise, OCdts applied the fundamental principles and techniques of urban operations through a series of tactical scenarios. The training tested their ability to operate effectively within built-up areas while maintaining command and control, situational awareness, teamwork and tactical discipline. The demanding environment also required them to demonstrate effective leadership, sound decision-making and coordinated execution under challenging conditions.
Urban operations remain highly relevant in today’s operational environment, as military forces may be required to operate in densely populated and complex built-up areas where restricted movement, limited visibility and the presence of civilians can significantly affect operations. Training in urban operations is therefore important in preparing future officers to understand these challenges and to make timely, disciplined decisions while maintaining effective command, control and coordination.
The exercise highlighted key lessons including the importance of detailed planning, clear communication, teamwork, situational awareness and adaptability to rapidly changing situations. The successful completion of Exercise Eviction strengthened the OCdts’ tactical competence, leadership and operational readiness, while providing valuable experience that will further prepare them for their future responsibilities as commissioned officers of the Royal Brunei Armed Forces.
SETIA, TAKWA, BERANI




PEGAWAI KADET TENTERA DARAT PENGAMBILAN KE-25 MENJALANI EKSESAIS EVICTION
PENANJONG, Khamis, 01 Oktober 2026 – Pegawai-pegawai Kadet Tentera Darat (PKdt) Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB) telah menamatkan Eksesais Eviction di kawasan Fighting in Built-Up Areas (FIBUA) di Penanjong Garison. Eksesais ini direka untuk membangunkan pengetahuan, keyakinan dan kemahiran taktikal PKdt dalam melaksanakan operasi di persekitaran bandar yang kompleks.
Sepanjang eksesais tersebut, PKdt telah mengaplikasikan prinsip dan teknik asas operasi bandar melalui beberapa siri senario taktikal. Latihan ini menguji keupayaan mereka untuk beroperasi secara berkesan di kawasan bandar sambil mengekalkan perintah dan kawalan, kesedaran situasi, kerja berpasukan dan disiplin taktikal. Persekitaran yang mencabar turut memerlukan mereka untuk menunjukkan kepimpinan yang berkesan, membuat keputusan yang tepat dan melaksanakan tindakan secara berkoordinasi dalam keadaan yang mencabar.
Operasi bandar kekal relevan dalam persekitaran operasi masa kini, kerana pasukan tentera mungkin diperlukan untuk beroperasi di kawasan bandar yang padat dan kompleks, di mana pergerakan dan jarak penglihatan yang terhad serta kehadiran orang awam boleh memberi kesan yang ketara terhadap operasi. Oleh itu, latihan dalam operasi bandar adalah penting dalam mempersiapkan PKdt untuk memahami cabaran-cabaran tersebut dan membuat keputusan yang tepat pada masanya serta berdisiplin sambil mengekalkan perintah, kawalan dan koordinasi yang berkesan.
Eksesais ini menekankan beberapa pengajaran utama termasuk kepentingan perancangan yang terperinci, komunikasi yang jelas, kerja berpasukan, kesedaran situasi dan kebolehsuaian terhadap situasi yang berubah dengan pantas. Kejayaan menamatkan Eksesais Eviction telah memperkukuhkan kecekapan taktikal, kepimpinan dan kesiapsiagaan operasi PKdt, di samping memberikan pengalaman berharga yang akan terus mempersiapkan mereka bagi tanggungjawab masa depan sebagai pegawai bertauliah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
SETIA, TAKWA, BERANI