PULAU PELUMPONG, Tuesday, 26 August 2025 – Land Force Officer Cadets (OCdts) of Intake 24 have successfully completed Exercise riverine by using the Fast Assault Boat ( FAB ) at Pulau Pelumpong. This training involved realistic confrontation scenarios with enemies, aimed at sharpening their jungle combat abilities. This exercise served as a significant milestone in advancing operational readiness, as it focused on the development and implementation of newly introduced techniques and tactics.
Before the exercise, they received comprehensive theoretical training and were also provided with practical training and live demonstrations from instructors of Officer Cadet School (OCS).
The conduct of this exercise is not only to demonstrate the ability of OCdts to adapt to dynamic operational environments but also to highlight the importance of transforming theoretical instruction into practical application in the field. By integrating knowledge acquired in the classroom with real-time execution, the exercise strengthened both capability in teamwork riverine operations.providing an assessment of their leadership skills and decision-making under tense urban environment. This experience has equipped the OCdts for the challenges they will face in the real world.
“SETIA, TAKWA, BERANI”
PEGAWAI KADET TENTERA DARAT PENGAMBILAN KE-24 MELAKSANAKAN EKSESAIS RIVERINE

PULAU PELUMPONG, Selasa, 26 Ogos 2025 – Pegawai Kadet (PKdt) Tentera Darat Pengambilan ke 24 telah berjaya melaksanakan Latihan Riverine dengan menggunakan Fast Assault Boat (FAB) di Pulau Pelumpong. Latihan ini melibatkan senario konfrontasi realistik dengan musuh, yang bertujuan untuk mempertajamkan keupayaan mereka dalam peperangan hutan. Latihan ini merupakan satu pencapaian penting dalam meningkatkan kesiapsiagaan operasi, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan teknik serta taktik baharu.
Sebelum latihan ini dijalankan,  PKdt telah menerima latihan teori yang menyeluruh serta turut diberikan latihan praktikal dan demonstrasi secara langsung daripada jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet (SPK).
Pelaksanaan latihan ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan PKdt untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran operasi yang dinamik, malah turut menekankan kepentingan menterjemahkan pengajaran teori kepada aplikasi praktikal di lapangan. Dengan menggabungkan ilmu yang diperoleh di bilik darjah bersama pelaksanaan secara nyata, latihan ini telah memperkukuhkan keupayaan mereka dalam operasi ‘Riverine’ secara berkumpulan, di samping menilai kemahiran kepimpinan serta kebolehan membuat keputusan dalam suasana tegang berkonsepkan persekitaran bandar.
Pengalaman ini telah melengkapkan PKdt bagi menghadapi cabaran sebenar yang akan datang.
“SETIA, TAKWA, BERANI”