TUTONG DISTRICT, Monday, 21 September 2026 – Land Force Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 completed Exercise Final Endeavour, a four-day field training exercise aimed at assessing and strengthening their skills in defensive operations.

The exercise provided OCdts with an opportunity to apply their military knowledge and tactical skills in a challenging field environment. Throughout the training, they demonstrated discipline, resilience and the ability to remain composed under pressure, while further developing the leadership qualities expected of future officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

During the exercise, the OCdts established defensive positions, conducted tactical patrols and maintained observation posts. They also practised tactical withdrawal procedures, established hasty harbours and conducted coordinated offensive operations supported by Close Target Reconnaissance (CTR). These activities provided the OCdts with practical experience in tactical planning and execution, while strengthening teamwork, coordination and decision-making in a field environment.

The successful completion of Exercise Final Endeavour marked an important milestone in the training journey of the Land Force OCdts of Intake 25. Beyond strengthening their tactical proficiency, the exercise reinforced the importance of teamwork, adaptability and leadership in overcoming operational challenges, further preparing them for their future responsibilities as officers of the RBAF.

SETIA, TAKWA, BERANI

DAERAH TUTONG, Isnin, 21 September 2026 – Pegawai Kadet (PKdt) Tentera Darat Pengambilan Ke-25 telah berjaya menamatkan Eksesais Final Endeavour, iaitu latihan medan selama empat hari yang bertujuan untuk menilai dan memperkukuh kemahiran mereka dalam melaksanakan operasi pertahanan.

Latihan ini memberikan peluang kepada PKdt untuk mengaplikasikan pengetahuan ketenteraan dan kemahiran taktikal dalam persekitaran medan yang mencabar. Sepanjang latihan berlangsung, mereka telah mempamerkan disiplin, ketahanan mental serta keupayaan untuk kekal tenang ketika berdepan tekanan, di samping memperkukuh ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan sebagai bakal pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Sepanjang eksesais tersebut, para PKdt telah mendirikan kedudukan pertahanan, melaksanakan rondaan taktikal serta mengendalikan pos pemerhatian. Mereka turut mempraktikkan tatacara pengunduran, mendirikan kawasan perlindungan sementara (hasty harbour) dan melaksanakan operasi serangan secara terancang dengan sokongan Close Target Reconnaissance (CTR). Aktiviti-aktiviti tersebut memberikan pendedahan praktikal kepada para PKdt dalam aspek perancangan dan pelaksanaan operasi pertahanan, di samping memperkukuh kerja berpasukan, penyelarasan serta keupayaan membuat keputusan dalam persekitaran medan.

Kejayaan menamatkan Latihan Final Endeavour merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan latihan PKdt Tentera Darat Pengambilan Ke-25. Selain meningkatkan kecekapan taktikal, latihan ini turut memperkukuh kepentingan semangat berpasukan, kebolehsuaian dan kepimpinan dalam menghadapi cabaran operasi, sekali gus mempersiapkan mereka untuk menggalas tanggungjawab sebagai pegawai ABDB pada masa hadapan.

SETIA, TAKWA, BERANI