BERAKAS GARRISON, Sunday, 5 July 2026 Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School (OCS), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), recently completed the Commanding Officer’s (CO’s) Challenge, a physically and mentally demanding leadership exercise conducted over a 12-kilometre route within the Berakas Garrison and end at the RBAF Saddle Club.

The event was officiated by the Commanding Officer of the Officer Cadet School, Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli. Designed to assess the Officer Cadets’ leadership, resilience, decision-making, and teamwork, the challenge required each section to negotiate a series of obstacles and complete mission-oriented tasks under physically demanding conditions. The exercise also reinforced the importance of effective communication, cooperation, and mutual support, reflecting the qualities expected of future officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

Upon completion of the challenge, awards were presented to the best-performing section in recognition of their outstanding teamwork, determination, and overall performance throughout the event. Platoon 1, Section 3 emerged as the overall champion after demonstrating exemplary leadership, resilience and teamwork across all stages of the challenge.

The CO’s Challenge forms an integral part of the Officer Cadet training programme, providing progressive exposure to leadership and operational challenges in a demanding environment. The exercise also serves as an important preparation for the upcoming Commandant’s Challenge and Commander’s Challenge, where Officer Cadets will be required to demonstrate a higher level of physical endurance, mental resilience, and leadership as they progress towards commissioning as officers of the Royal Brunei Armed Forces.

SETIA, TAKWA, BERANI

PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-25 MENYELESAIKAN COMMANDING OFFICER’S CHALLENGE

BERAKAS GARISON, Ahad, 5 Julai 2026 Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), baru-baru ini telah berjaya menamatkan Commanding Officer’s Challenge, iaitu satu latihan kepimpinan yang menguji ketahanan fizikal dan mental melalui laluan sejauh 12 kilometer di dalam Berakas Garison dan berakhir di Kelab Kuda ABDB.

Acara tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Sekolah Pegawai Kadet, Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli. Cabaran ini dirancang untuk menilai keupayaan Pegawai Kadet dalam aspek kepimpinan, daya tahan, membuat keputusan serta semangat kerja berpasukan melalui pelbagai halangan dan tugasan berorientasikan misi yang dilaksanakan dalam persekitaran yang mencabar. Latihan ini turut menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan, kerjasama dan sokongan sesama anggota, selaras dengan ciri-ciri yang diperlukan sebagai bakal pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Pada akhir cabaran tersebut, penyampaian hadiah telah diadakan bagi mengiktiraf seksyen yang menunjukkan prestasi keseluruhan terbaik berdasarkan kepimpinan, semangat berpasukan, ketabahan dan pencapaian sepanjang latihan. Platun 1 Seksyen 3 telah muncul sebagai johan keseluruhan selepas mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam setiap peringkat cabaran.

Cabaran Pegawai Pemerintah merupakan salah satu komponen penting dalam kurikulum latihan Pegawai Kadet yang memberi pendedahan secara progresif kepada cabaran kepimpinan dan operasi dalam persekitaran yang mencabar. Latihan ini turut menjadi persediaan penting ke arah Commandant’s Challenge dan Commander’s Challenge, yang akan menguji Pegawai Kadet pada tahap ketahanan fizikal, ketahanan mental dan keupayaan kepimpinan yang lebih tinggi sebagai persediaan sebelum ditauliahkan sebagai pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

SETIA, TAKWA, BERANI