TANAH JAMBU, Monday, 10 August 2026 Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 had the privilege of attending a leadership talk delivered by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at the Lecture Hall, Officer Cadet School, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF).

During the session, the Commander of the RBAF emphasised the fundamental principles expected of future officers, highlighting the importance of upholding the RBAF core values with the highest standards of professionalism. He higlighted that these values form the foundation of an officer’s character and leadership, serving as guiding principles in their conduct and decision-making throughout their career.

The Commander of the RBAF further reminded the OCdts to remain steadfast in upholding the national philosophy of Melayu Islam Beraja (MIB), ensuring that every responsibility, action and decision is guided by strong moral, cultural and spiritual values. He also underscored the importance of giving attention to detail, noting that discipline and professional excellence are reflected through consistency and precision in the execution of both routine and significant responsibilities.

In addition, the Commander of the RBAF advised the OCdts to channel their fighting spirit with wisdom, discipline and self-control, cautioning against its misuse. Instead, he encouraged them to apply these qualities positively in the performance of their duties to cultivate resilience, perseverance and long-term commitment in service to the organisation.I

In his concluding remarks, the Commander of the RBAF reaffirmed the importance of “going the extra mile” in the pursuit of excellence. He described discipline as the cornerstone of effective leadership and highlighted humility as an essential attribute of a professional military officer, reminding the OCdts that true leadership is demonstrated through selfless service, mutual respect and leading by example.

The session concluded with the recitation of Doa, marking another significant milestone in the leadership development of Intake 25 as they continue their training towards commissioning as officers of the RBAF.

SETIA, TAKWA, BERANI

SEKOLAH PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE 25 MENGHADIRI CERAMAH KEPIMPINAN YM PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

TANAH JAMBU, Isnin, 10 Ogos 2026 Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan ke-25 telah berpeluang menghadiri satu ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, yang berlangsung di Dewan Kuliah, Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB).

Sepanjang sesi tersebut,  YM Pemerintah ABDB  menekankan  asas-asas utama  yang perlu dimiliki oleh  bakal  pegawai,  dengan menggariskan kepentingan untuk menjunjung nilai-nilai teras ABDB pada tahap profesionalisme yang tertinggi. Beliau menjelaskan bahawa nilai-nilai tersebut menjadi tunjang kepada pembentukan sahsiah dan kepimpinan seseorang pegawai, serta menjadi panduan dalam tingkah laku dan proses membuat keputusan di sepanjang kerjaya.

YM Pemerintah ABDB turut mengingatkan PKdt agar sentiasa berpegang teguh kepada falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB), dengan memastikan setiap tanggungjawab, tindakan dan keputusan berlandaskan prinsip moral, budaya dan kerohanian yang kukuh. Beliau juga menekankan kepentingan kepada “attention to detail”, sambil menegaskan bahawa disiplin dan kecemerlangan dapat dilihat melalui pelaksanaan tugas secara konsisten, sama ada dalam perkara kecil mahupun besar.

Di samping itu, YM Pemerintah ABDB menasihati PKdt supaya menyalurkan semangat pejuang dengan penuh kebijaksanaan dan kawalan diri, serta mengingatkan agar tidak disalahgunakan. Beliau menggalakkan agar semangat tersebut diterapkan secara positif dalam tugas profesional bagi membentuk daya tahan, ketabahan serta komitmen jangka panjang terhadap organisasi.

Dalam ucapan penutupnya, YM Pemerintah ABDB sekali lagi menegaskan kepentingan untuk sentiasa “memberikan usaha yang lebih”. Beliau menekankan bahawa disiplin merupakan asas kepada kepimpinan yang berkesan, manakala sifat rendah hati merupakan ciri utama seorang pegawai yang sejati. Beliau turut mengingatkan bahawa kepimpinan terbaik dizahirkan melalui semangat berkhidmat, saling menghormati dan memimpin melalui contoh teladan.

Sesi tersebut diakhiri dengan bacaan doa penutup, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan kepimpinan Pengambilan ke-25, sambil mereka meneruskan latihan ke arah pentauliahan sebagai pegawai ABDB.

SETIA,TAKWA,BERANI