TANAH JAMBU, Saturday, 23 August 2025 – The Officer Cadets (OCdts) of Intake 24 successfully completed their Colours and Sword Drill training today, a programme designed to prepare them for ceremonial duties after commissioning. The training, conducted by Officers and Instructors from the Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF), took place at the Parade Square and combined both theoretical and practical sessions.
OCdts were introduced to the principles of flag handling, with emphasis on the traditions and ceremonial significance behind it. They later applied this knowledge in practice by handling replica flags and swords, rehearsing both flag and sword drills. The hands-on training plays a crucial role in equipping the OCdts for their upcoming Sovereign’s Parade as well as future ceremonial and official responsibilities.
The sword and colours are enduring symbols in military tradition, each carrying profound meaning. The sword represents authority, bravery, and honour, embodying the officer’s duty to lead with integrity, safeguard the principles of the armed forces, and protect the sovereignty of the nation. The colours, or unit flags, reflect the spirit, identity, and legacy of a formation, serving as a reminder of the pride, traditions, and sacrifices of those who have served beneath them. Together, the sword and colours stand as powerful emblems of service, unity, and duty, linking soldiers across generations to a shared history and purpose.
“SETIA, TAKWA, BERANI”
PENGENALAN KEPADA PANJI-PANJI DAN LATIHAN PEDANG KEPADA PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-24
TANAH JAMBU, Sabtu, 23 Ogos 2025 – Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan 24 telah  menjalankan latihan Kawad Panji-Panji dan Pedang pada hari ini, yang mana bertujuan untuk mempersiapkan mereka untuk tugas-tugas perbarisan istiadat setelah ditauliahkan. Latihan ini dikendalikan oleh Pegawai dan Jurulatih dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB), dan berlangsung di Padang Kawad dengan merangkumi sesi teori serta praktikal.
PKdt telah diperkenalkan dengan prinsip-prinsip pengendalian panji-panji, dengan penekanan terhadap tradisi serta kepentingan istiadat yang terkandung di dalamnya. Pengetahuan ini kemudiannya dipraktikkan melalui latihan amali dengan mengendalikan replika panji-panji dan pedang, di mana mereka melaksanakan latihan kawad panji-panji serta kawad pedang. Latihan secara langsung ini memainkan peranan penting dalam mempersiapkan PKdt bagi perbarisan-perbarisan, serta bagi penugasan rasmi dan istiadat pada masa hadapan.
Pedang dan panji-panji merupakan lambang yang kekal dalam tradisi ketenteraan, masing-masing membawa makna yang mendalam. Pedang melambangkan kewibawaan, keberanian dan maruah, mencerminkan tanggungjawab seorang pegawai untuk memimpin dengan integriti, mempertahankan prinsip-prinsip angkatan bersenjata serta menjaga kedaulatan negara. Panji-panji pula melambangkan semangat, identiti dan warisan sesuatu pasukan, menjadi peringatan akan kebanggaan, tradisi dan pengorbanan mereka yang pernah berkhidmat di bawahnya. Secara bersama, pedang dan panji-panji berdiri sebagai lambang bakti, perpaduan dan tanggungjawab, yang menghubungkan para anggota merentasi generasi dalam sejarah serta tujuan yang sama.

​“SETIA, TAKWA, BERANI”