TANAH JAMBU, Friday, 17 July 2026 – Colonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Commandant of the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces, conducted a second engagement with Officer Cadet School (OCS) officers and instructors, alongside the Defence Academy’s Physical Training Instructors (PTIs), at the OCS Lecture Theatre.
The follow-up session reinforced professional standards, particularly professional boundaries, fairness and objectivity, responsible use of authority, duty of care and accountability. The Commandant also expressed his appreciation for the dedication and commitment of OCS personnel in training and developing officer cadets.
He emphasised that while officer cadet training must remain demanding, all activities and corrective measures must serve a clear training purpose and be conducted professionally, fairly and safely.
The Commandant also highlighted the responsibility of training staff to safeguard the welfare, health and safety of officer cadets while maintaining an appropriate balance between demanding training and effective recovery. He further stressed that their professional conduct and example play a vital role in shaping the character and values of future Royal Brunei Armed Forces officers.
The session concluded with a reaffirmation of the collective responsibility to maintain a safe, disciplined and professional training environment. It reflected the Defence Academy’s continued commitment to promoting responsible training practices and upholding high standards across officer cadet training.

TANAH JAMBU, Jumaat, 17 Julai 2026 – Kolonel (U) Azmie Iskandar bin Ariffin, Komandan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), telah mengadakan sesi interaksi kali kedua bersama pegawai dan jurulatih Sekolah Pegawai Kadet (SPK), serta Jurulatih Latihan Fizikal Akademi Pertahanan, bertempat di Dewan Kuliah SPK.
Sesi susulan tersebut menekankan piawaian profesional, khususnya batas profesional, keadilan dan objektiviti, penggunaan kuasa secara bertanggungjawab, kewajipan menjaga kebajikan serta akauntabiliti. Komandan turut merakamkan penghargaan atas dedikasi dan komitmen tenaga pengajar SPK dalam melatih dan membangunkan pegawai kadet.
Beliau menegaskan bahawa walaupun latihan pegawai kadet perlu terus bersifat mencabar, semua aktiviti dan langkah pembetulan hendaklah mempunyai tujuan latihan yang jelas serta dilaksanakan secara profesional, adil dan selamat.
Komandan turut menekankan tanggungjawab tenaga pengajar untuk menjaga kebajikan, kesihatan dan keselamatan pegawai kadet, di samping mengekalkan keseimbangan yang sewajarnya antara latihan yang mencabar dengan rehat dan pemulihan yang berkesan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa sikap profesional dan teladan yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan nilai bakal pegawai ABDB.
Sesi tersebut diakhiri dengan penekanan semula terhadap tanggungjawab bersama dalam mengekalkan persekitaran latihan yang selamat, berdisiplin dan profesional. Ia mencerminkan komitmen berterusan Akademi Pertahanan dalam menggalakkan amalan latihan yang bertanggungjawab serta mengekalkan piawaian tinggi dalam latihan pegawai kadet.