MUARA, Friday, 18 September 2026 – Midshipmen of Intake 25 from the Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF) underwent Basic Sea Survival Training as part of their ongoing special-to-service term.
The training aimed to equip the Midshipmen with essential knowledge, skills and confidence to survive in a maritime environment, while instilling discipline, teamwork and the right attitude towards safety at sea.The programme covered key sea survival topics, including safety briefings, Personal Flotation Device (PFD) familiarisation, life raft procedures, water entry techniques, survival swimming, group survival drills at sea. The Midshipmen also received practical training on signalling for rescue and the actions to be taken while awaiting recovery.
Throughout the training, the Midshipmen were assessed on their ability to apply the procedures in both individual and team settings, reinforcing the importance of preparedness, composure and mutual support in survival situations It was conducted under the guidance of experienced Royal Brunei Navy instructors, whose expertise and professionalism provided the Midshipmen with valuable hands-on experience and insight into real-life at-sea scenarios.
The successful completion of the Basic Sea Survival Training reflects the Midshipmen’s commitment to developing as future naval officers, ready to undertake their duties in challenging maritime environments in support of the Royal Brunei Navy and the defence of Brunei Darussalam.
SETIA, TAKWA, BERANI



BASIC SEA SURVIVAL TRAINING BAGI PEGAWAI KADET LAUT
MUARA, Jumaat, 18 September 2026 – Pegawai-Pegawai Kadet (PKdt) Laut Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB) telah menjalani Basic Sea Survival Training sebagai sebahagian daripada Special-To-Service Term.
Latihan ini bertujuan untuk melengkapkan PKdt Laut dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan yang penting untuk terus hidup dalam persekitaran maritim, di samping menerapkan disiplin, kerja berpasukan dan sikap yang betul terhadap keselamatan di laut. Program ini merangkumi topik-topik utama ikhtiar hidup di laut, termasuk taklimat keselamatan, pengenalan kepada Personal Flotation Device (PFD), prosedur rakit keselamatan, teknik memasuki air, renang ikhtiar hidup dan latihan ikhtiar hidup secara berkumpulan di laut. PKdt Laut juga menerima latihan praktikal mengenai pemberian isyarat untuk penyelamatan dan tindakan yang perlu diambil sementara menunggu untuk diselamatkan.
Sepanjang latihan tersebut, PKdt Laut dinilai berdasarkan keupayaan mereka untuk mengaplikasikan prosedur yang telah diajar dalam situasi individu dan berkumpulan, sekaligus menekankan kepentingan kesiapsiagaan, ketenangan dan sokongan bersama dalam situasi ikhtiar hidup. Latihan ini dilaksanakan di bawah bimbingan jurulatih Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang berpengalaman, di mana kepakaran dan profesionalisme mereka telah memberikan PKdt Laut pengalaman praktikal yang berharga serta pendedahan kepada situasi sebenar di laut.
Kejayaan menamatkan Basic Sea Survival Training mencerminkan komitmen PKdt Laut dalam membangunkan diri sebagai bakal pegawai tentera laut yang bersedia untuk melaksanakan tugas mereka dalam persekitaran maritim yang mencabar demi menyokong TLDB dan pertahanan Negara Brunei Darussalam.
SETIA, TAKWA, BERANI