TANAH JAMBU, 19 December 2025 – The Officer Cadets (OCdts) of Intake 24 had the honour of attending a leadership talk delivered by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), at the Lecture Hall, Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF).
During the session, the RBAF Commander emphasised the core foundations expected of future officers, underscoring the importance of upholding the Royal Brunei Armed Forces’ core values with the highest level of professionalism. He highlighted that these values form the bedrock of an officer’s character and leadership, guiding conduct and decision-making throughout their careers.
The RBAF Commander further reminded the OCdts to remain firmly rooted in the national philosophy of Melayu Islam Beraja (MIB), ensuring that every responsibility, action, and decision is guided by strong moral, cultural, and spiritual principles. He also stressed the importance of attention to detail, noting that discipline and excellence are reflected through consistency in the execution of both minor and major duties.
In addition, the RBAF Commander advised the OCdts to exercise their fighting spirit with wisdom and self-control, cautioning against its misuse, particularly in personal and family matters. He encouraged its positive application in their professional roles to foster resilience, perseverance, and long-term commitment within the organisation.
In his concluding remarks, the RBAF Commander re-emphasised the importance of “going the extra mile”. He underscored discipline as the cornerstone of effective leadership and highlighted humility as a defining quality of a true officer, reminding them that leadership is best demonstrated through service, respect, and leading by example. The session concluded with the recitation of a closing Doa, marking a meaningful contribution to the leadership development of Intake 24 as they progress towards commissioning as future officers of the Royal Brunei Armed Forces.
SETIA, TAKWA, BERANI



SESI PERKONGSIAN KEPIMPINAN BERSAMA PEGAWAI KADET PENGAMBILAN
KE-24
TANAH JAMBU, 19 Disember 2025 - Pegawai Kadet (PKdt) Pengambilan Ke-24 telah menghadiri sesi perkongsian kepimpinan yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), bertempat di Dewan Kuliah Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK DA ABDB).
Dalam sesi tersebut, Yang Mulia Pemerintah ABDB menggariskan asas-asas kepimpinan yang perlu dihayati oleh bakal pegawai, dengan penekanan terhadap kepentingan mengamalkan nilai-nilai teras ABDB secara profesional. Beliau menjelaskan bahawa nilai-nilai tersebut menjadi landasan pembentukan keperibadian dan kepimpinan seorang pegawai, serta panduan dalam membuat keputusan disepanjang kerjaya.
YM Pemerintah ABDB turut menegaskan agar PKdt sentiasa bepegang teguh kepada falsafah kebangsaan negara, Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai panduan dalam melaksanakan setiap tanggungjawab, tindakan dan keputusan berlandaskan prinsip moral, budaya dan kerohanian. Beliau juga menekankan kepentingan ketelitian secara terperinci, dengan menegaskan bahawa disiplin dan kecemerlangan dibuktikan melalui pelaksanaan tugasan yang konsisten.
Selain itu, PKdt turut dinasihatkan supaya mengamalkan semangat daya juang secara berhemah dan terkawal, serta mengelakkan penyalahgunaannya khususnya dalam urusan peribadi dan kekeluargaan. YM Pemerintah ABDB juga menggalakkan agar semangat tersebut disalurkan secara positif dalam peranan profesional bagi membina ketahanan dan komitmen berterusan dalam organisasi.
Dalam penutup perkongsian tersebut, YM Pemerintah ABDB menekankan kepentingan usaha melebihi jangkaan (going the extra mile), di samping menegaskan disiplin sebagai teras kepimpinan dan sifat rendah hati sebagai ciri yang utama seorang pegawai. Beliau turut mengingatkan bahawa kepimpinan terbaik dibuktikan melalui khidmat, rasa hormat dan teladan yang baik. Sesi diakhiri dengan bacaan doa penutup, yang secara tidak langsung mencerminkan perkembangan kepimpinan PKdt Pengambilan Ke-24 menjelang pentauliahan mereka sebagai pegawai ABDB.
SETIA, TAKWA, BERANI