TANAH JAMBU, Friday, 9 October 2026 – The Officer Cadet School, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), held a leadership sharing and dialogue session with two former RBAF Commanders for 96 Officer Cadets of Intake 25 at the DA RBAF Auditorium.
Yang Mulia Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, the 8th RBAF Commander, and Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General (Retired) Dato Paduka Seri Mohammad Tawih bin Abdullah, the 9th RBAF Commander, shared their leadership experiences and perspectives during the session.
During the session, Yang Mulia Dato emphasised balancing transformational, situational and ethical leadership to develop effective military leaders. He highlighted attentive listening, understanding different perspectives and empathy as key to effective communication and mutual respect. He also stressed the importance of mentoring junior officers and encouraged Officer Cadets to broaden their knowledge of regional and international affairs through regular reading to support sound judgment and informed decision-making.
Meanwhile, Yang Dimuliakan Pehin emphasised the importance of the RBAF’s core values, team spirit and adherence to the fundamentals of military leadership, guided by discipline, integrity, professionalism and responsibility. He also highlighted the role of regimentation in fostering discipline, consistency, respect for military traditions and adherence to established standards, while team spirit strengthens unity, loyalty and commitment within an organisation.
The Officer Cadets also had the opportunity to engage in dialogue with both former RBAF Commanders on the challenges and responsibilities of military leadership. The session provided guidance on leading with sound judgment while balancing empathy with discipline and responsibility towards their teams and the nation.
The session formed part of DA RBAF’s efforts to strengthen the Officer Cadets’ knowledge and develop their leadership qualities in preparation for their responsibilities as military officers upon commissioning.







MANTAN PEMERINTAH ABDB BERKONGSI PENGALAMAN KEPIMPINAN BERSAMA PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-25
TANAH JAMBU, Jumaat, 9 Oktober 2026 – Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), telah mengadakan sesi perkongsian dan dialog kepimpinan bersama dua mantan Pemerintah ABDB bagi 96 orang Pegawai Kadet Pengambilan Ke-25 di Auditorium AP ABDB.
Yang Mulia Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah ABDB ke-8, dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Mohammad Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB ke-9, berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai kepimpinan dalam sesi tersebut.
Dalam perkongsian tersebut, Yang Mulia Dato menekankan kepentingan mengimbangi pendekatan Transformational, Situational dan Ethical Leadership dalam melahirkan pemimpin tentera yang berkesan. Kesediaan mendengar, memahami pandangan orang lain serta mengamalkan empati turut ditekankan bagi memperkukuh komunikasi dan sikap saling menghormati. Yang Mulia Dato juga menyentuh kepentingan membimbing pegawai muda serta memperluas pengetahuan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa melalui pembacaan berterusan bagi menyokong pertimbangan yang matang dan pembuatan keputusan berasaskan maklumat.
Sementara itu, Yang Dimuliakan Pehin menekankan kepentingan nilai-nilai teras ABDB, semangat berpasukan serta penghayatan prinsip asas kepimpinan ketenteraan, dengan menjadikan disiplin, integriti, profesionalisme dan tanggungjawab sebagai panduan dalam memimpin. Penekanan turut diberikan kepada peranan rejimentasi dalam membentuk disiplin, konsistensi, penghormatan terhadap tradisi ketenteraan dan pematuhan kepada piawaian yang ditetapkan, manakala semangat berpasukan memperkukuh perpaduan, kesetiaan serta komitmen dalam organisasi.
Pegawai Kadet turut berpeluang berdialog dengan kedua-dua mantan Pemerintah ABDB mengenai cabaran dan tanggungjawab kepimpinan ketenteraan. Perkongsian tersebut memberikan panduan kepada Pegawai Kadet untuk memimpin dengan pertimbangan yang matang, di samping mengimbangi empati dengan disiplin serta tanggungjawab terhadap pasukan dan negara.
Sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha AP ABDB untuk memperkukuh pengetahuan dan membangunkan kualiti kepimpinan Pegawai Kadet sebagai persediaan memikul tanggungjawab sebagai pegawai tentera selepas ditauliahkan.