SINGAPORE, Wednesday, 26 AUGUST 2026 – The Officer Cadet School (OCS), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), commemorated its 18th Anniversary with a Hajat Prayer held at the SAFTI Military Institute (SAFTI MI), Singapore.

The Hajat Prayer was attended by Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer of OCS DA RBAF, officers, instructors, staff and officer cadets. Another commemorative activity was also conducted at OCS DA RBAF in conjunction with the anniversary.

The commemoration marked 18 years of OCS’s commitment to the development of future officers of the RBAF. Since its establishment in 2008, OCS has played an important role in preparing officer cadets for commissioned service through a progressive training programme that emphasises leadership, character development, intellectual development, physical fitness and professional competence.

The anniversary also provided an opportunity for OCS personnel to reflect on the school’s journey, heritage and contributions to officer development, while recognising the dedication and service of past and present personnel who have contributed to its growth and continued success.

The anniversary further reaffirmed OCS’s commitment to maintaining high standards of professionalism, discipline and leadership, while strengthening the foundations required for future RBAF officers to fulfil their responsibilities and meet the challenges of commissioned service.

SETIA, TAKWA, BERANI

SEKOLAH PEGAWAI KADET MENYAMBUT SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-18

SINGAPURA, Rabu, 26 OGOS 2026 – Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), telah mengadakan Sembahyang Hajat sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 SPK yang berlangsung di SAFTI Military Institute (SAFTI MI), Republik Singapura.

Sembahyang Hajat tersebut telah dihadiri oleh Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SPK AP ABDB, para pegawai, jurulatih, kakitangan serta pegawai kadet. Sambutan yang sama turut diadakan di SPK AP ABDB bersempena dengan ulang tahun tersebut.

Sambutan Ulang Tahun ini menandakan 18 tahun komitmen SPK dalam membangunkan bakal pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Sejak penubuhannya pada tahun 2008, SPK memainkan peranan penting dalam mempersiapkan pegawai kadet bagi menjalani perkhidmatan sebagai pegawai bertauliah melalui program latihan yang progresif dengan memberi penekanan kepada aspek kepimpinan, pembangunan karakter, pembangunan intelektual, kecergasan fizikal dan kompetensi profesional.

Sambutan ini juga memberikan kesempatan kepada warga SPK untuk mengimbas kembali perjalanan, warisan dan sumbangan sekolah dalam pembangunan pegawai, di samping menghargai dedikasi dan khidmat bakti warga terdahulu dan semasa yang telah menyumbang kepada perkembangan serta kejayaan berterusan SPK.

Sambutan Ulang Tahun Ke-18 ini turut memperkukuh komitmen SPK dalam mengekalkan standard profesionalisme, disiplin dan kepimpinan yang tinggi, di samping memperkukuh asas yang diperlukan oleh bakal pegawai ABDB dalam melaksanakan tanggungjawab serta menghadapi cabaran sebagai pegawai yang ditauliahkan.

SETIA, TAKWA, BERANI