TANAH JAMBU, Friday, 31 July 2026 – Officer Cadets (OCdts) of Intake 25 from the Officer Cadet School (OCS), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), commemorated the successful completion of their Generic Term with a Khatam Al-Quran ceremony held at Surau Asy-Syuhada’, DA RBAF.

The ceremony was graced by Major Abdul Qahhar bin Haji Abdul Mulok, Intake Commander of Intake 25, as the Guest of Honour. Also in attendance were officers, instructors, and Officer Cadets of the OCS, who gathered to mark this significant milestone.

The ceremony commenced with the recitation of verses from Surah Ad-Dhuha, followed by the Takhtim and Dikir Marhaban. It concluded with prayers seeking blessings for His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the nation, and the Officer Cadet School, followed by a group photograph.

The Khatam Al-Quran ceremony serves as an important spiritual occasion aimed at strengthening faith and fostering a deeper appreciation of the Holy Al-Quran among the Officer Cadets. It also provided an opportunity to seek the blessings, guidance, and protection of Allah Subhanahu Wa Ta’ala for all Officer Cadets, instructors, and staff of the Officer Cadet School as they continue their training and development.

SETIA, TAKWA, BERANI

PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE 25 MENYAMBUT PENAMATAN TEMPOH GENERIK DENGAN KHATAM AL-QURAN

TANAH JAMBU, Jumaat, 31 Julai 2026 Pegawai Kadet Pengambilan Ke-25 dari Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena penamatan fasa generik. Majlis tersebut telah berlangsung di Surau Asy-Syuhada’, AP ABDB.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Mejar Abdul Qahhar bin Haji Abdul Mulok, Ketua Pengambilan Ke-25, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah para pegawai, pengajar serta Pegawai Kadet SPK yang bersama-sama meraikan satu lagi pencapaian penting dalam program latihan pentauliahan tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Ad-Dhuha, diikuti dengan bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang merangkumi doa kesejahteraan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kesejahteraan negara serta keberkatan buat SPK, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Majlis Khatam Al-Quran merupakan satu pengisian kerohanian yang signifikan dalam usaha memperkukuhkan keimanan serta memupuk penghayatan terhadap Al-Quran dalam kalangan Pegawai Kadet. Di samping itu, majlis ini turut menjadi wadah untuk memohon keberkatan, petunjuk dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala ke atas Pegawai-Pegawai Kadet, pengajar dan warga SPK agar sentiasa diberikan kekuatan dan dipermudahkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab masing-masing.

SETIA, TAKWA, BERANI