MUARA, WEDNESDAY, 11 September 2025 - Midshipmen from Officer Cadet School (OCS) Intake 24 successfully completed their Seamanship, Anchoring, and Boat Handling Training at the Naval Training Centre (NTC), Royal Brunei Navy (RBN).
The engagements aimed to equip the Midshipmen with essential maritime knowledge and skills for their future naval careers. Training began with theoretical lessons on naval principles, followed by hands-on exercises in ropework, knots, ship maneuvering, anchoring, meteorology, and tidal theory.
The Midshipmen also gained practical experience in knot-tying and rope-throwing techniques, crucial for docking, towing, and rescue operations. This blend of classroom learning and practical application enhanced their confidence and readiness to carry out responsibilities on board.
With this phase of training completed, the Midshipmen are now better prepared to face the challenges of naval service, embodying professionalism, resilience, and dedication. The RBN reaffirms its commitment to developing future leaders who are prepared to safeguard the nation’s maritime interests.
‘SETIA, TAKWA, BERANI’
PEGAWAI KADET TENTERA LAUT PENGAMBILAN KE-24 MELAKSANAKAN LATIHAN ‘SEAMANSHIP’ DAN LABUH SAUH DAN PENGENDALIAN BOT
MUARA, RABU, 11 September 2025 – Seramai 17 Pegawai Kadet (PKdt) Tentera Laut daripada Sekolah Pegawai Kadet (SPK) Pengambilan ke-24 telah berjaya menamatkan Latihan ’Seamanship’, Labuh Sauh dan Pengendalian Bot di Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Pendedahan ini bertujuan untuk melengkapkan PKdt dengan pengetahuan serta kemahiran maritim yang penting bagi kerjaya mereka dalam angkatan laut. Latihan dimulakan dengan sesi teori mengenai prinsip asas ketenteraan laut, diikuti dengan latihan amali merangkumi kerja tali, simpulan, pengendalian kapal, pelabuhan sauh, meteorologi dan teori pasang surut.
PKdt turut diberi pendedahan praktikal dalam kemahiran simpulan dan lontaran tali, iaitu aspek penting bagi operasi berlabuh, menunda serta misi menyelamat. Gabungan pembelajaran bilik darjah dan pengalaman amali ini meningkatkan keyakinan serta kesiapsiagaan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab bertugas di dalam kapal.
Dengan selesainya fasa latihan ini, PKdt kini lebih bersedia menempuh cabaran perkhidmatan laut dengan menjunjung nilai profesionalisme, ketahanan dan dedikasi. TLDB terus komited untuk melahirkan pemimpin masa hadapan yang bersedia mempertahankan kepentingan maritim negara.
‘SETIA, TAKWA, BERANI’